Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2023

Museum al Ain

Imej
 Lawatan ke Abu Dhabi Penggemar sejarah akan jatuh cinta dengan muzium menawan ini yang menceritakan kisah sejarah purba UAE. Ini adalah muzium tertua di UAE, ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah pimpinan Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas UAE dan dikenali sebagai Bapa Negara. Dibina untuk mencatat sejarah Al Ain dari Zaman Batu hingga penubuhan UAE pada tahun 1971, muzium ini menempatkan artifak yang ditemui dari banyak tapak arkeologi yang tersebar di seluruh rantau ini, termasuk alatan batu api dan anak panah sejak alaf keenam SM. Mari kita saksikan klip video tersebut beberapa minit tentang keindahan lokasi tersebut. Drp  Eswan & Nazri

Eurtugul. Turkiye

Imej
Tamadun Islam berkembang selepas kerajaan Uthmaniyah @ Ottomon Empire di Turki. Dengan drama bersiri ditayangkan di merata Negara mendapat sambutan hangar serta pelbagai andaian penonton cerita tersebut fiksyen dan sejarah lampau. Ayah kepada sang pengasas        Sumber sejarah mencatatkan bahawa Ertugrul Gazi merupakan seorang pemimpin dari bangsa Oghuz Turk dari suku Kayi. Beliau merupakan seorang  bey  yang berkhidmat dibawah kepimpinan kesultanan Seljuk yang ketika itu berpusat di Konya. Sebelum dia menjadi pemimpin suku Kayi, catatan sejarah mencatatkan bahawa ayah beliau, Suleyman Shah membawa kaum mereka berhijrah daripada asia tengah ke semenanjung Anatolia melarikan diri daripada serangan Mongol. Oghuz Turk terkenal dengan budaya kehidupan nomad mereka dan ini menjadikan penghijrahan besar-besaran mereka mudah. Setelah Suleyman Shah meninggal dunia, anak beliau Ertugrul dilantik sebagai ketua suku Kayi dan memakai gelaran  bey  ...