Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2024

Falak Manzilah Bulan

Imej
  Bayan Falak Manzilah bulan  Sumber Muftwp Syed Qutb di dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran mengatakan bahawa, apabila manusia melihat bulan pada awal bulan, itulah yang dinamakan al-hilal , kemudian berlalu malam demi malam hingga menjadi penuh, itu yang dinamakan al-badr . Kemudian bulan semakin mengecil sehingga yang kelihatan lengkung tepi bulan seperti tandan kurma yang tua dan sudah kering [6] . Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa Allah SWT menjadikan 28 manzilah bagi bulan [7] : Jadual 1: Manzilah-manzilah Bulan Perlu diketahui bahawa manzilah bulan ini juga berkait rapat dengan kedudukan matahari daripada darjah buruj ( Muqum al-Syams ). Hubungan di antara kedudukan manzilah dengan buruj adalah pada kedudukannya, yang mana bintang itu dikira buruj untuk matahari dan bintang itu juga dikira manzilah untuk bulan. Contoh seperti jadual di atas, manzilah al-Syaratan dan al-Butoin keduanya berada pada buruj Aries. Manakala manzilah ...

Bayan Falak

Imej
BAYAN AL-FALAK SIRI KE-24 :Sifat pusingan matahari dan tanda kekuasaan Allah.  Sumber Muftwp Bulan dan Matahari di sebelah timur   Allah SWT telah menjadikan matahari dengan pelbagai fungsi antara adalah untuk mengetahui waktu solat, membuat perkiraan takwim dan sebagainya. Allah SWT telah berfirman: فَالِقُ الْإِصْبَاحِ وَجَعَلَ اللَّيْلَ سَكَنًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ حُسْبَانًا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ Maksudnya: Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. Surah al-An’am (96) Allah SWT juga berfirman dalam ayat yang lain: وَٱلشَّمۡسُ تَجۡرِي لِمُسۡتَقَرِّ لَّهَاۚ ذَٰلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ Maksudnya: “ Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang...