Bayan Falak Manzilah bulan Sumber Muftwp Syed Qutb di dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran mengatakan bahawa, apabila manusia melihat bulan pada awal bulan, itulah yang dinamakan al-hilal , kemudian berlalu malam demi malam hingga menjadi penuh, itu yang dinamakan al-badr . Kemudian bulan semakin mengecil sehingga yang kelihatan lengkung tepi bulan seperti tandan kurma yang tua dan sudah kering [6] . Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa Allah SWT menjadikan 28 manzilah bagi bulan [7] : Jadual 1: Manzilah-manzilah Bulan Perlu diketahui bahawa manzilah bulan ini juga berkait rapat dengan kedudukan matahari daripada darjah buruj ( Muqum al-Syams ). Hubungan di antara kedudukan manzilah dengan buruj adalah pada kedudukannya, yang mana bintang itu dikira buruj untuk matahari dan bintang itu juga dikira manzilah untuk bulan. Contoh seperti jadual di atas, manzilah al-Syaratan dan al-Butoin keduanya berada pada buruj Aries. Manakala manzilah ...
Ulasan
Catat Ulasan